Alahan Buat MamaQayyum Kali nie
Alahan semasa mengandung kali nie begitu teruk dengan demam, muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini berlaku apabila mama baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun mama juga akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan!!!! Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Tapi alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku? Mama rasa...mama akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Mudah-mudahan dengan kekuatan mama dpt mama atasi. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Macam mama....memang mencabar kali nie. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk. HUHUHUHU mcm mama MC 2 ari tue. X tahan sangat dmam teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatanSecara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip. Serba sedikit info alahan dari mama.

TRIMESTER PERTAMA (1-12 MINGGU)
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN PADA TRIMESTER
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN PADA TRIMESTER
PERTAMAPERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU PERTAMA (1)
Sebaik sahaja haid bermula, hormon mula merangsang ovari
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA (2)
Telur memulakan perjalananya memasuki Tiub Fallopia
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETIGA (3)
Setiap telur adalah perempuan (kromoson X). Suami anda pula menghasilkan sperma yang mempunyai kedua-dua kromoson X dan Y. Sperma X yang disenyawakan dengan telur memberi peluang untuk anda mendapat bayi perempuan. Jika sperma Y yang disenyawakan, itu bererti anda akan mendapat bayi lelaki
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEEMPAT (4)
Janin kini kelihatan seperti rongga yang penuh dengan ratusan sel. saiz janin pada ketika ini seperti sebesar kepala pin
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELIMA (5)
Janin kelihatan seperti buih yang kecil. Ini kerana kantung ketubannya masih tidak dapat dilihat. Tubuhnya bewarna kekalabuan dan lut cahaya. Diperingkat seawal ini, tubuh janin sudah mula terbentuk apabila sel bagi setiap jenis tisu besar, kulit,sistem saraf,tulang dan usus sudah berada di kedudukan masing-masing.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEENAM (6)
Janin pada waktu ini kelihatan seperti berudu, sistem saraf sudah terbentuk dan jantungnya sudah mula berdenyut. Janin mula cuba untuk melakukan pergerakan pertamanya. Memandangkan kantung ketuban janin sudah terbentuk sempurna, janin sudah boleh begerak di dalam kantungnya.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETUJUH (7)
Saiz janin hanya sebesar sebiji beras tetapi otaknya sedang berkembang pesat. Dalam sehari janin akan membesar pada purata 1 MM. Alis mata janin yang kecil mula terbentuk bagi melindungi matanya.
Mama nak kongsi ka semua....menurut DR. mama minggu nie dah 8 minggu (2 bulan), So sekarang adk qayyum dlm:-
![]()
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELAPAN (8)
Janin sebesar buah anggur. Jari tangan dan kaki janin masih berselaput. Tulang kecil janin sudah terbentuk sepenuhnya tetapi belum menjadi tulang. Sebaliknya ia hanyalah tulang rawan yang lembut

Tiada ulasan:
Catat Ulasan