Khamis, 26 Januari 2012

Berjumpa kembali....2012

26/1/2012 selam tahum baru....rasanye lum terlambat nak ucap salam tahun baru. sekian lama mama tak up date blog, rasanye hampir setahun. Skrg mama sibuk megurus ank yang baru belajar nak ke sekolah, Qayyum Muhaimin bin Salmin sudah 2 minggu berjaya ke sekolah walaupun dengan ragam ank kecil. Alhamdulilah semuanya telah selamat....semoga ank Qayyum berjaya menjadi insan berjaya dunia dah akhirat. Mama doakan Qayyum menjadi ank yang soleh.

Hai....Penat juga sekarang nie...dengan kelahiran Qistina Bashirah bin Salmin pada 11/8/2011, walaupun penat mama happy sgt ader seorg putera dan seorg puteri. Syukur Qayyum sgt sayang dengan Qistina, mama harapkan i berterusan.....

Doa untuk anak Cerdik

Dalam mendidik anak di zaman sekarang ni banyak cabarannya... tapi kita sbg ibu bapa kena cari pelbagai alternatif dlm memberi pendidikan kepada mereka.

Kat sini aku nak share sikit petua doa yg baik untuk kita amalkan...
Baca ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan. Boleh juga amalkan bila nak beri anak minum air, baca ayat-ayat tu tiup-tiup pada air. Tujuannya seperti yang disebut di ataslah, supaya anak-anak jadi orang baik, soleh, lembut hati, dengar cakap mak ayah, taat perintah Tuhan dan sebagainya.
  1. Surah Al-Fatihah (1 kali)
  2. Ayat kursi (1 kali)
  3. Surah al-Insyirah (1 kali)
  4. Surah Toha ayat 1 hingga 7 (1 kali)
Semoga anak-anak kita membesar dengan keadaan baik dan sempurna... itu semua adalah harapan setiap ibu dan bapa ...

mcm tu gak aku.. harapan aku mika dapat membesar jd anak yg soleh dan berguna pada semua.. insya allah... amin





Selasa, 11 Januari 2011

Keletihan Teramat Sangat!!!!!!



Hari-hari yang perlu diteruskan, walaupun kesihatan x berapa baik.......


Cepat penat, sakit kepala, mual dan muntah2 belum berhenti menyerang mamaqayyum...


Rasa mcm x tahan....tp demi suami, qayyum dan baby dlm kandungan mama terpaksa kuatkan semagat. Mudah2 mama dpt menempuhi hari2 dgn lebih sabar.


Skrg...baby mama dlm lingkungan 8 minggu ke 10 minggu. Walau kadang kala hilang kesabaran menghadapi dugaan....mama ttp syg qayyum ngan baby dlm kandungan.




PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELAPAN (8)


Janin sebesar buah anggur. Jari tangan dan kaki janin masih berselaput. Tulang kecil janin sudah terbentuk sepenuhnya tetapi belum menjadi tulang. Sebaliknya ia hanyalah tulang rawan yang lembut


PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEMBILAN (9)


Janin sudah membentuk wajahnya sendiri. Mata telinga dalam dan hidung sudah terbentuk. Janin sudah mula melakukan pergerakan. Bagaimanapun anda masih belum merasainya. Jika bayi anda lelaki, penisnya akan kelihatan, tetapi ia masih memerlukan imbasan yang teliti untuk benar-benar mengesahkannya


PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEPULUH (10)


Panjang janin kira-kira 4.5cm.Janin kelihatan seperti udang kecil, buku lali dan pergerakan tangan sudah terbentuk dan janin boleh melakukan separuh gengaman. Janin sudah boleh menggerakan lengan,kaki dan dadanya sebagai latihan bagi membolehkannya bernafas



PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEBELAS (11)


Janin pada peringkat ini dikenali sebagai fetus. Saiz janin sebesar tiub gincu. Biarpun janin semakin aktif tetapi pergerakannya masih lemah-lembut.





Sabtu, 1 Januari 2011

Tahun 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Tahun 2010 berlalu pegi dengan begitu cepat, walaupun beribu kenangan yang mama terpaksa tinggalkan, mama mesti kuat untuk meneruskan tahun 2011.

Hari nie 01/01/2011 sabtu mama hadapi sengan tenang dan meyeronokkan. Ari nie Mama, Papa & Qayyum ke Felda Sg. Sibol menghantar pasangan pengantin, taniah buat Nur As Sidiq & Nurul Hafiza.

Buat Ayah Tok Qayyum & Mak Tok Qayyum Taniah dapat menantu pada awal tahun 2011.

Keadaan mama ari nie x berapa sihat...alahan mengandung semakin teruk....cian Qayyum x dpt nak bermanja ngan mama. Mama minta maaf.

Selasa, 21 Disember 2010

Dugaan



Alahan Buat MamaQayyum Kali nie
Alahan semasa mengandung kali nie begitu teruk dengan demam, muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini berlaku apabila mama baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun mama juga akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan!!!! Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Tapi alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku? Mama rasa...mama akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Mudah-mudahan dengan kekuatan mama dpt mama atasi. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Macam mama....memang mencabar kali nie. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk. HUHUHUHU mcm mama MC 2 ari tue. X tahan sangat dmam teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatanSecara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip. Serba sedikit info alahan dari mama.

TRIMESTER PERTAMA (1-12 MINGGU)
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN PADA TRIMESTER
PERTAMAPERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU PERTAMA (1)
Sebaik sahaja haid bermula, hormon mula merangsang ovari
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA (2)
Telur memulakan perjalananya memasuki Tiub Fallopia
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETIGA (3)
Setiap telur adalah perempuan (kromoson X). Suami anda pula menghasilkan sperma yang mempunyai kedua-dua kromoson X dan Y. Sperma X yang disenyawakan dengan telur memberi peluang untuk anda mendapat bayi perempuan. Jika sperma Y yang disenyawakan, itu bererti anda akan mendapat bayi lelaki
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEEMPAT (4)
Janin kini kelihatan seperti rongga yang penuh dengan ratusan sel. saiz janin pada ketika ini seperti sebesar kepala pin
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELIMA (5)
Janin kelihatan seperti buih yang kecil. Ini kerana kantung ketubannya masih tidak dapat dilihat. Tubuhnya bewarna kekalabuan dan lut cahaya. Diperingkat seawal ini, tubuh janin sudah mula terbentuk apabila sel bagi setiap jenis tisu besar, kulit,sistem saraf,tulang dan usus sudah berada di kedudukan masing-masing.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEENAM (6)
Janin pada waktu ini kelihatan seperti berudu, sistem saraf sudah terbentuk dan jantungnya sudah mula berdenyut. Janin mula cuba untuk melakukan pergerakan pertamanya. Memandangkan kantung ketuban janin sudah terbentuk sempurna, janin sudah boleh begerak di dalam kantungnya.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETUJUH (7)
Saiz janin hanya sebesar sebiji beras tetapi otaknya sedang berkembang pesat. Dalam sehari janin akan membesar pada purata 1 MM. Alis mata janin yang kecil mula terbentuk bagi melindungi matanya.
Mama nak kongsi ka semua....menurut DR. mama minggu nie dah 8 minggu (2 bulan), So sekarang adk qayyum dlm:-


PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELAPAN (8)

Janin sebesar buah anggur. Jari tangan dan kaki janin masih berselaput. Tulang kecil janin sudah terbentuk sepenuhnya tetapi belum menjadi tulang. Sebaliknya ia hanyalah tulang rawan yang lembut






Jumaat, 17 Disember 2010

Syukur..............


Salam...


Bersyukurye dpt m'yambut hari Asyura pada tahun nie...Kepada suami, ank2, keluarga & kwn2 sama2 kata b'syukur. Byk fadhilat bila kita melakukan kerja2 yang baik...antaraye


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari As yu ra(10 Muharram, bersamaan KHAMIS, 16 DEC 2010)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah

fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.


4. Menunjukkan orang sesat

fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di s yu rga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah

fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat

fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'


9. Bercelakf

Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari As yu ra empat rakaat kerana Allah Taala'Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'

fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. PuasaNiat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari As yu ra kerana Allah Taala'

fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.




Selasa, 14 Disember 2010

Birthday buAt Qayyum

~Kek Qayyum Muhaimmin 2 Tahun ~
Kek nie papa yg beli...sedap betul rasaye.
Thank Papa

Qayyum ngan ayah tok mama...tgk masam muka qayyum kena marah ngan mama
Brithday boy kena marah

Qayyum Malu2 tengok kek

Tak sabo nak potong kek mama!!!!







Wah!!!! nampak mCm sedap ajer Nasi ayam mama nie, tp rasa lum Tahu lg. Nie Mama nak kongsi resepi wat kwn2, jom tGk resepi mama:-
  • 4 pot beras
  • 1 bawang besar
  • 6 sudu mentega
  • 2 helai daun pandan
  • 6 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1 sudu serbuk lada putih
  • 1 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
Jgn marah tau klu x sedap...tp nie ajer yg mama dpt sediakan buat Birthday Qayyum

Isnin, 13 Disember 2010



QAYYUM MUHAIMIN BIN SALMIN
14/12/2010 GENAP 2Thn
HAPPY BIRTHDAY SAYANG ....

Bismillahirrahmanirrahim..


Terima kasih Ya Allah untuk usia anakKu yang telah Engkau berikan.Genap usiaye 2 Tahun pada ari nie. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku, anakKu, keluargaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

~Amin~